VIP

Mempunya sistem sangat penting.

Rata rata tuan kedai selalunya akan meraikan selebriti atau orang terkenal yang datang ke kedai berbanding pelanggan tetap mereka.

Selebriti atau orang terkenal tersebut akan diberikan diskaun atau diberi hadiah percuma dengan harapan mereka akan kembali atau tolong mempromosikan kedai kita. Gambar mereka diambil dan diletakkan dalam media sosial. Ada sesetengah siap masuk dalam company profile, buat banner dan macam macam lagi.

Padahal selebriti atau orang terkenal tersebut mungkin datang sekali sahaja.

Sebab itu pentingnya sistem. Sistem dapat membantu kita mengenali siapa yang patut kita layan lebih.

Orang terkenal mungkin telah berbelanja dengan kita – zero, sebabnya kita bagi free dan tak kembali.

Orang yang tak dilayan mungkin berbelanja dengan kita RM200 sebanyak 6 kali semasa PKP.

Orang tersebut yang sepatutnya mendapat layanan VIP daripada kita.

Berhenti mengulangi kesilapan ni!