CERITA

Saya nak tulis….

Duduk sorang sorang atas kerusi ni saya terimbau dahulu saya naik turun jumpa orang gomen.

Saya tengok ada banyak benda yang tak kena dengan industri IKS kita dan ada saya rasakan teknik yang dipakai dah terlalu lapuk. Mungkin hanya berkesan ketika tahun 70 an.

Saya present paper, slide jangan cerita lah. Cuba cari dana, mohon bantuan dan macam macam. Siapa pon tak layan. Semuanya hanya dengar saja apa yang saya present tapi setakat dengar saja. Macam macam alasan diberi, tak ada bajet lah, tiada dalam program lah, sekatan kerana tiada dalam perancangan mereka dan macam macam lagi.

Ada juga yang offer duit melalui program khas mereka nama AB. Tapi kena ikut modul mereka yang saya rasakan merepek. Confirm tak jadi duit habis macam tu saja nanti.

Last saya tawakkal saja. Saya cari duit sendiri. Berniaga kecil kecil dan simpan modal. Ada sikit buat cara sikit.

Sekarang apa yang saya hasratkan akhirnya tercapai juga. Satunya Foodmarket untuk cottege industri yang betul betul kampung. Keduanya adalah Kedai Asia.

Kedua duanya bukan benda luar biasa. Tapi kedua duanya dilakukan dengan kaedah yang sangat berbeza dari kebiasaan.

Kedua duanya saya katakan berjaya bukan kerana bantuan gomen, mereka langsung tak terima idea awal saya. Yang menjayakannya adalah anda semua, rakan rakan saya di sini yang telah datang, support, shopping dan berbelanja supaya kedai kami dapat hidup dan sustain.

Terima kasih kawan kawan semua.

SYIRIK

Orang utara khususnya orang Penang selalu suka buat gurauan sekiranya ada orang yang rapat hendak datang ke rumah, atau tambahan lagi kita ada kedai, butik atau galeri dengan membuat gurauan kata kata seperti berikut apabila orang yang diraikan hendak datang….

Hang sampai aku hampaq karpet merah/ kuning…..

Hang sampai aku taboq beras kunyit…..

Hang sampai aku hempaih nyok…

Karpet merah mestilah ramai dah biasa dengar. Begitu juga beras kunyit yang rapat dengan adat adat lama Melayu dengan menepung tawar dan berberas kunyit.

Hempaih atau bahasa KL pecahkan kelapa secara menghempas ke lantai pula mungkin tak ramai yang faham metaforanya. Ia lebih dekat dengan masyarakat India dengan amalan membayar nazar.

Tak ada pun satu perbuatan diatas akan dibuat tetapi hanya sebagai gurauan tandanya kita sangat akrab dan meraikan orang yang hendak datang.

Langsung tiada perbuatan syirik atau apa apa kearahnya.

Sama seperti metafora…. hang tak mai kenduri aku aku bunuh hang nanti.

Membunuh adalah perbuatan dosa besar. Adakah kerana bercakap dengan bergurau begitu maka kita terus jatuh dosa besar?

Kita jadi orang Islam ni kena lah tahu hukum adat dan hukum uruf tempat. Orang Tanjong khususnya sememangnya banyak gurauan yang dekat dengan masyarakat India kerana kami adalah ‘bangsa’ yang paling terkehadapan dalam bab kerukunan bangsa dan hidup dengan aman dan harmoni. Dalam hidup penuh toleransi dan berasimilasi kami langsung tidak kurang amalan dan akidah kami sebagai seorang Muslim. Malah pemikiran Islam berkembang dengan lebih pesat dan maju di Negeri Selat.

Jadi jangan lah jadi rigid, syadid dan jumud.

Wallahualam.

#abgtaktegur #abgceritejer

ZAIHANI MOHD ZAIN

Saya mungkin salah….

Tapi saya fikir dan saya rasakan melalui kenalan dan pengamatan saya industri fashion sangatlah palsu.

Saya bukan orang fashion. Saya pakai pon ikut dan saja.

Tapi orang dalam industri fashion sangatlah palsu. Mereka bukan saja palsu, malah sombong, bongkak dan merasakan diri mereka lebih tinggi dari orang lain, riak, ujub, merendah rendahkan orang lain dan semua sifat sifat mazmumah yang tidak patut ada kepada seorang muslim dan sebagai seorang insan. Mereka merasakan mereka royalty….fashion royalty.

Mereka sangat ‘fake’ atas nama fashion dan atas nama kononnya social etiquette atau fashion etiquette. Sama palsu seperti rupa mereka yang sebenarnya hodoh dibaluti sebaik mana rekaan baju tetap jelas keburukan dek kerana peribadinya buruk.

Siapa kumpulan ni? Adakah pereka fashion?

Saya kenal ramai pereka fashion yabg terkenal tetapi semua yang saya kenal sangat humble, mempunyai nilai nilai peribadi yang baik dan seorang kawan yang ada nilai nilai ihsan.

Tetapi yang selalunya bersifat yang saya sebut tadi selalunya fashionista, fashion socielite, pengkritik fashion dan orang penghamba fashion.

Tidak semua tapi ramai saya jumpa macam tu.

Tidak seperti industri saya industri makanan. Kami happy, kami polite, kami sentiasa melayan orang sekeliling dengan kegembiraan yang tulen bukan dibuat buat. Kalau sapa sapa gemuk 60kg pun kami tak kesah!

ELECTION

Argh bencinya election semua kerja sangkut….bising kawan saya.

Yeah me too. I nak lari dok Arab Saudi malas nak mengundi.

Hoi mana boleh macam tu. Marah kawan saya.

Ah sama je dua dua. Dua dua syaiton penipu. Dua dua i kenal. Pilihan yang ada adalah bukan siapa lebih baik, tetapi siapa yang lebih kurang jahat!

Ak ah….btol gak tu.

CLIENT SOTONG

Tadi ada customer nak jumpa saya. Mula saya malas nak jumpa sebab dah balik rumah dah tapi memandangkan dia datang jauh saya gagahkan jugak.

Ni bukan meeting kali pertama quite few times. Derang nak pakai barang barang orang kampung yang cantik cantik yang saya deeeeeesign tu untuk masukkan dalam hamper mereka.

Cerita customer tadi client derang dah approve proposal derang, they are excited sebab tahun ni agak berlainan. Corporate gift untuk VIP client organisasi tersebut tak macam selalu asyik bagi kuih biskut tapi tahun ni sambal sambal dan produk kampung.

Saya dengar saja dengan membatu. Selalunya saya excited bila cakap pasal projek ni.

Laaaaaast sekali customer nak minta complimentary sebab katanya CEO client derang tak sabar nak rasa. Selalunya saya bagi jer….takda masalah pon.

Tapi tadi saya jadi muka kelat.

Last sekali saya berterus terang.

Saya minta maaf, selalunya kalau cakap bab design saya bukan macam ni, saya akan excited dan idea mencurah curah. Boleh jer kalau saya nak tolong designkan dan buat special design untuk client awak. Awak tak ada masalah apa pun dengan saya, tapi saya benci client awak especially CEO yang jaga islamic tu

Dan saya ceritakan secara ringkas apa yang telah berlaku projek FREE saya dengan mereka dengan orang susah di Kelantan sampai terlopong customer saya tu laki bini.

“Tu jer sebabnya sebab tu lah saya buat layan tak layan jer dekat awak berdua. Saya minta maaflah kalau terasa hati ke apa. Kalau ikut hati saya tanak jual sebenarnya tapi kesian lah pulak tengok awak bersungguh sungguh”.

Memandangkan saya benci dengan client dia, apa perubahan pon saya tanak buat, take it as it is. Tak kuase aku nak melayan syarikat sotong merah islamik munafik tu.

Orang Melayu kata “banyak cekadak”, “lorat”, “poyo”, “kepoh”, “mengada”, “diva”..

Orang puteh kata “detail-oriented”, “meticulous”, “driven”, “attention to detail”, “confident”.

SIS

Kalau nak tau kami ada 3 orang yang bergilir gilir jaga social media Foodmarket

Kami ada satu saja nama dekat online…… sis

Termasuklah yang tulis cerita ni.

#siscoba #sisredho #sisjual #sisbelacan #sismasakrendangtakcrispy