FOODMARKET

Kedai Foodmarket bahasa mudah sebenarnya kedai runcit.
Sama lah macam kedai runcit yang lain.
Kami jual ikan kering, udang kering, belacan, cincalok, pekasam, tempoyak, sambal dan macam macam produk makanan.
Kami juga jual produk sejuk beku macam roti canai, keropok lekor, karipap, satar, ais krim dan macam macam lagi.
Saya bersembang dengan kawan dia memang ada kedai runcit di utara. Dia yang bagitau kedai saya ni sebenarnya kedai runcit lah. Bezanya kedai saya dah macam butik atau cafe.
Cuma dia tak puas hati dan terkejut bila saya bagi tau berapa modal saya belanjakan untuk dekor kedai sedangkan nilai tersebut tak sampai separuh daripada modal yang dia belanjakan untuk renovate kedai runcit dia.
Saya jawab balik, my friend orang sana dia pergi kedai runcit sebab nak beli barang bawak balik rumah. Orang KL dia bukan saja mau beli barang, tapi dia nak experience, theater dan paling penting dia nak lifestyle.

LOL

Stalk ig orang. Dia pose depan satu mural yang cantik.
Saya pon tulis….’cantik’.
Dia jawab balik….’terima kasih’.
Tak sangka dia rupanya artis yang lukis mural tu….walaupun. LOL
Note : rasa tak sampai hati nak jawab balik….errr maksud saya mural kat belakang tu.

PENANGEAT

Last week saya tengok ellen dia bagitau perkataan Sappy = sad + happy
Ni orang utara nak bagitau Langry = Lapaq + hungry
Bila dia jumpa Maryam Bee bintu Eusoff Rawter terus speaking…
“How do you do Kak Bee?”
Teruih Maryam Bee jawab ” Jolly day Jamna jolly day, its just that Mamu at home is ‘langry’ and suddenly Toh Puan bini wants to see me at the Penang Sport Club. I just ordered Dominos today, no kari ikan tongkoi. Ciao…..

MEE SIPUT

Baru baru ni first time saya dapat rasa mee siput dari Muar. Saya sukakan rasa dia terutama sekali sambal kering.
Tapi satu perkara yang saya kurang suka mee siput dan sambalnya tu berminyak. Kemudian saiz mee siput yang agak besar susah nak makan especially orang macam saya walaupun pipi gebu tembam macam kuih pau tapi mulut saya kecil macam ikan emas. Susah nak gigit dan berkali kali gigit baru separuh saja habis.
Dalam bab ni kita kena belajar dengan Thailand.
Snek mereka tak jauh lebih kurang macam kita. Mereka juga ada snek yang hampir hampir dengan mee siput yang dibuat dengan beras. Kalau Melayu tu hampi hampir macam bipang.
Dulu dulu saiznya sangat besar sebesar tapak tangan Aaron Aziz. Tapi sekarang kecil comel molek saja. Sekali ngap dah habis.
Orang Thai sekarang suka buat benda dalam bentuk kecil kecil dan pek kecil kecil comel. Tujuannya semuanya mesti saiz mulut Asia bukan mulut Ning Baizura. Kemudian bila dipek kecil sekali makan dah habis dan tak perlu simpan simpan dan tak membazir.
Saya fikir mee siput boleh dibuat kecil kecil. Bukan saja boleh dibuat kecil, malah boleh dipelbagaikan perisanya dengan pelbagai rasa. Daripada satu SKu saja boleh ada sampai 6 hingga 10.
Lain lain macam mana nak buat tu tak boleh lah cerita kat sini. Korang tunggu je apa ada nanti dekat Kedai Foodmarket

KEROPOK

Partner Saudi saya bagitahu next shipment jangan lagi bawa keropok jenama yang satu tu dari KL.
Dia suruh bawa keropok Terengganu.
Katanya ramai customer terutama sekali orang Jawi Mekah sukakan keropok tu lagi. Even pasar di Kaakia di Mekah pun mahukan keropok Terengganu.
Dulu dulu kalau saya hantar keropok Terengganu tak ada sapa pun nak sebab katanya mahal. Orang tanak beli. Tambahan mamat owner kedai borong kat Mekah tu kedekut taik idung masin nak barang murah je.
Kata dia keropok Indonesia laku senang jual sebab murah.
So ni kira satu perkembangan yang sangat baik. Sekarang orang di sana dah mula kenal dan tahu apa beza keropok Indonesia dan keropok Terengganu. 
I is so happy lorrrr……

BER…..

DYTM Tengku Puan Pahang pernah ceritakan kepada saya bagaimana memori Baginda semasa dijodohkan bersama Putera Mahkota dari Pahang.
‘Mak GieGie masa bernikah masa tu Almarhum Yang DiPertuan Agong. Istiadat sebelah perempuan lebih banyak mainly 5 dan 3 istiadat saja sebelah Pahang. 
i had my akad nikah on 6th of March 1986, but the reception or the Bersanding only took place on 19th of July 1986 ….. 

my late father didn believe in Engagements so i had what u call nikah gantung or hanging marriage …. legally married but not allowed to stay together yet !

so in July , i had
Berandam

Berhinai (berinai)

Berzanji (khatam Quran)

Bersanding

Bersiram
Lepas tu di Pahang
Istiadat beradap adaban

Bersanding

High Tea which she made jokes as berminum teh
Lepas tu……tanya saya
Lepas tu berambus lah jawab Tengku Puan Pahang.

U

Dear U
Since U perangai tak ubah ubah. Bila i nak cepat U terkemut kemut macam siput babi.
Bila i banyak kerja U selalu buat bagi lambat.
Bila i nak tengok video U suka sekat i tak bagi tengok.
I rasa kita perlu berpisah. U dah tak serasi. U memang jilake. I dah tak tahan dengan U!
Esok i nak gi check digi tak pon maxis. U mobile sama je perangai macam celcom. Vavik!

NONNA

Saya tengok dekat TV ada satu rancangan dia interview satu owner cafe di Amerika nama Nonna.
Apa yang owner cafe ni buat adalah dia kumpulkan makcik dan nenek nenek dekat kawasan rumah dia.
Setiap hari mereka akan masak dan sumbangkan satu atau beberapa jenis masakan dan akan dijual di cafe beliau.
Kebetulan kejiranan cafe ni ada dari pelbagai latar belakang negara jadi adalah macam macam jenis masakan dari Itali, Bulgaria, Philippine dan sebagainya.
Masakan semuanya rasa seperti masakan di rumah seperti nenek atau ibu kita yang masak sebabnya yang masak tu memang nenek pun.
Menarik sungguh!

SAHABAT

Kawan saya dan jugak bekas partner restoran kami kira kira lebih 10 tahun lalu, baru semalam kami berkomunikasi senyap dengan hanya like fb. Hari ini diberitakan sudah tiada kembali mengadap Ilahi.
Razi, sahabat yang saya kenali adalah orang paling penyabar pernah saya berjumpa. Pandai buat lawak dan sangat merendah diri. Walaupun perniagaan kami penuh cabaran dan akhirnya kami membuat keputusan untuk tutup kedai, tapi persahabatan ini kami kekal jaga hingga hari ni.
Posting terakhir beliau sangat menyayat hati seolah olah beliau tahu akan pergi. Tulisnya ‘selamat malam semua’ bersama puisi keinsafan pengampunan dan keredhoan dan jagalah diri sahabat rakan dan keluarga. 
Bagi kawan kawan yang mengenali mari kita sedekahkan ayat ayat suci dan semoga Allah menerima segala amalan baiknya dan ruhnya dirahmati dan diampunkan dosa dosanya. Razi you are always in my prayers.

ARAB

Teringat dulu kawan saya dari Saudi nak melawat Malaysia.
Saya kata dia mesti happy sampai Malaysia sebab dia sangat popular dia Malaysia.
Bila sampai dia buat voice message gelak kuat kuat kata betullah dia popular dekat Malaysia.
Nama dia Bandar.