ABDUL

​Dulu dulu kecik kecik tengok cerita Tiga Abdul dan adib beradik Abdul Wahab, Abdul Wahid dan Abdul Wahub ketiga tiganya adalah saudagar dan entrepreneur.

Tak sangka hari ini saya melakukan pekerjaan mereka semua.

RIYAL

​Only last few years, tukar duit riyal seribu dapat lebih 3 ke 4 ratus siap boleh shopping lagi perfume hadiah untuk mak ayah.

Semalam saya buat transaksi 40 ribu hengget rugi dekat 4 ribu duit hilang. Maksudnya beza duit Riyal mengukuh dengan Ringgit adalah hampir 10%, bukan Ringgit semakin lemah jatuh menjunam 10%.

Ringgit kita kekal stabil.

HARGA GETAH JATUH

​Ekceli pada pendapat abe long. Harga getah ni luar kawalan kita sebab komoditi. Walaupun gomen boleh juga berusaha buat sesuatu seperti sabotaj pasaran atau hadkan pengeluaran getah dan sebagainya. 

Tapi pada pendapat abe long la kan selain pakcik tanam getah cuba tanam pokok orkid sama celah celah tu sebab harga bunga orkid tak pernah jatuh. Atau pun bela ulaq sawa sebab kulit ulaq sawa mahai woooo isi dia pulak boleh buat meat ball export taiwan.

CERITA ZETTY 

​Once he saw abah and i played woodball kat padang rugby EC, he stopped by and asked “Assalamualaikum!! Main apa tu???”.

Abah : Woodball. Nak join ke??

Sultan Johor: Tak lah. Dah lambat nak balik ni. Ok carry on! Assalamualaikum.

Hahahahaha…i still remember.

ADAB

Saya teringat kata kata yang selalu Almarhumah Mak Teh saya sebut bila ada ura ura orang sekeliling nak cakap perkara yang tak baik khususnya bab bab mengumpat orang.

‘Kita cakap yang elok elok sudah nah. Yang tak elok tu kita simpan’.

Jadi kalau sekiranya dirasakan tidak membawa sebarang kebaikan kalau pasal benda yang tak elok tu kita tak yah cakap lah. Apatah lagi kalau apa yang kita cakap tu boleh menjatuhkan maruah orang lain. 

Kita tau tau sorang sajalah. Buat perangai elok elok sikit nah.

LOSER?

Melihat kawan kawan di FB membuat marathon rumah terbuka. Ada kawan kawan yang sehari sampai 5 dan 6 rumah terbuka yang perlu dihadiri.

Kemudian saya terfikir sorang sorang. Is it necessary?

Saya pula terfikir balik eh orang semua pergi open house sana sini aku pulak tercorot dekat rumah sorang sorang, losernya……tak dak kawan kawan.

Kemudian saya teringat balik, ini adalah masa yang paling menggembirakan kerana saya bakal meninggalkan rumah lagi selama 8 minggu, jadi meluangkan masa di rumah adalah sangat berharga untuk saya.

Kesimpulannua semuan keputusan adalah ditangan kita samada hendak melihat sesuatu disisi buruk ataupun disisi baik.

LOL

​Cerita riak bin ujub sedikit malam ni.

Saya berkenalan dengan seseorang dan saya tak berapa pasti hujung pangkal, tapi saya rasa dia mungkin memandang tinggi Dato Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dan kesudahan cerita dia terkejut beruk apabila tengok mutual friend follower instagram saya adalah @ahmadzahidhamidi.

Sekian cerita takabbur saya.

KEDAI ASIA JEDDAH

Februari 2016 yang lalu saya telah mengambil keputusan untuk membuka kedai runcit yang dinamakan sebagai Kedai Asia di Jeddah. Tujuan kedai ini adalah sebagai jambatan kepada industri Halal Malaysia ke pasaran Arab Saudi dan juga penjenamaan negara kita melalui inisiatif swasta.
4 bulan masa kami ambil untuk betul betul dapat kedai yang di kawasan kejiranan yang betul di lokasi yang paling strategik dan mudah untuk bagitahu rakan rakan Malaysia di sana nanti.
Akhirnya dengan keizinan Allah minggu depan kami bakal dapat mulakan kerja dekor, construction dan lain lain dan kemudian urusan untuk menghantar kontena dan diharapkan bulan September kedai ini dapat beroperasi.
Kedai Asia adalah kedai pertama kami di Jeddah dan juga merupakan kedai minimarket pertama kepunyaan rakyat Malaysia di Arab Saudi atau mungkin juga di seluruh kejiranan Negara Teluk. 
Ini adalah cawangan pertama kami dan perancangan kami untuk mempunyai 2 cawangan di Jeddah dan satu di Madinah. Semua lokasi sudah dikenal pasti dan perancangan untuk siapkan sehingga tahun 2017.
Jangan lupa kawan kawan untuk war-warkan kepada sanak saudara dan rakan taulan untuk berkunjung ke Kedai Asia sekiranya menunaikan Umrah dan pastinya bagi rakyat Malaysia di sana ini adalah berita yang dapat menggembirakan semua. 
Ini bukan sahaja pencapaian terbaru Husam Waksa, tetapi pencapaian anak Melayu di persada luar dan kebanggaan untuk rakyat Malaysia. Malaysia Boleh!
Lokasi kedai kami:

No 4, al Mualifin Street off al Sahafa Street, Section Al Rehab, Jeddah

(5 minit daripada Konsulat Malaysia Jeddah)

HUUUU

​Sebenarnya kita masih mempunyai banyak harapan…….

Masih ramai insan insan mulia di dunia ini.

Bapak dapat derma anak terima hadiah.

Bertuah sungguh kita kan!

Si cai dan penghasut dan berniat jahat dan bermulut longkang kita abaikan. Dengki lettew.