JENIS JENIS VISA ARAB SAUDI

Saya rasa ramai yang tak tahu tentang visa ke Arab Saudi.

Sebenarnya Saudi ni adalah satu satunya negara yang sangat unik perundangan dia tak macam negara lain.

Kalau kita nak ke China, mohon visa di kedutaan dia, kalau Australia apply online saja, kalau Mesir contohnya VOA bermaksud visa upon arrival. Tapi tidak untuk negara Arab Saudi.

Saudi ada beberapa jenis visa dan saya susun ikut urutan paling mudah di atas.
VISA UMRAH

Visa ni hanya boleh dikeluarkan melalui travel agent yang sah dan berdaftar sahaja dengan kedutaan mereka. Untuk dapatkan visa ni anda mestilah mempunyai pakej lengkap untuk menunaikan Umrah. Sebenarnya tak semua pakej umrah yang ditawarkan diluar sana tu ada access kepada system mengeluarkan visa. Kebanyakannya adalah sub agent kepada main agent yang ada berdaftar dengan system tersebut.

Dahulunya visa ni percuma sahaja. Tetapi hari ini visa umrah untuk kali kedua dan seterusnya bernilai RM2000. Anda tak boleh dapatkan visa ni melainkan sudah membeli pakej penuh. 

Visa ni anda hanya dibenarkan berada di Mekah, Madinah dan Jeddah sahaja. Anda tak boleh pergi ke bandar bandar lain.
VISA BUSINESS

Untuk mendapatkan visa ini ada 2 syarat:

1. Anda mestilah mempunyai syarikat berdaftar dengan SSM yang sah atau bekerja untuk syarikat yang sah.

2. Mempunyai sponsor dari Arab Saudu yang juga mempunyai syarikat berdaftar dengan Ministry of Commerce Arab Saudi yang sah, membayar cukai dan zakat serta bukan dalam rekod bermasalah.

Mereka ini akan membuat urusan menjemput anda melalui system Ministry of Foreign Affairs dan membuat beberapa urusan di MOFA dan Chamber of Commerce serta membuat bayaran. Tanpa jamputan tersebut anda tak boleh buat visa ini.

Kemudian setelah mendapat surat jemputan yang sah anda perlu ke mana mana travel agent yang dilantik khas oleh kedutaan sahaja untuk membuat urusan tersebut.

Visa ini mempunyai beberapa jenis samada single entry atau multiple entry dan samada sebulan, enam bulan, setahun atau dua tahun. Kosnya antara 2 ribu hingga 8 ribu ringgit.

Visa ini membenarkan anda ke semua bandar di Arab Saudi dan hanya boleh duduk dalam masa 30 hari maksimum setiap kali lawatan.
VISA TRANSIT

Visa ini diberikan sekiranya anda mempunyai transit yang lama dan urusan mestilah dibuat awal di travel agent. Kosnya RM300.

Tetapi visa ni macam chips more kejap ada kejap batal kejap tak ada balik kejap ada balik.
VISA HAJI

Proses dan syaratnya sama seperti visa umrah dan hanya sah untuk musim Haji. Kelulusan juga berdasarkan kuota yang diberikan kepada Tabung Haji.
VISA ZIARAH

Visa ni dikeluarkan untuk ahli keluarga warga negara saudi untuk menjemput keluarganya bukan warganegara Saudi serta expat yang bekerja di sana untuk memjemput ahli keluarganya yang rapat. Untuk mendapatkan visa ini prosesnya hampir sama dengan visa business dan di Malaysia pula mestilah membuktikan hubungan kekeluargaan seperti surat beranak atau surat nikah kahwin.
VISA DIPLOMATIK

Visa ini hanya untuk pembesar negara seperti Perdana Menteri dan Raja Raja Melayu dan prosesnya melibatkan Wisma Putra dan Kementerian DiRaja Arab Saudi.

Kesimpulannya tiada istilah ‘melancong’ ke Arab Saudi dan kalau tak ada sebab dan sokongan kukuh anda tak boleh masuk negara tersebut. Bila dah masuk jangan pandai pandai langgar undang undang dia atau cuba over stay walaupun seminit kerana undang undang di sana sangat severe, abrupt dan harsh.

Anda boleh dipenjarakan, black listed seluruh Negara Teluk sampaikan nak transit di Dubai pun tak boleh. 

Kami di Husam Waksa amat bersyukur kerana sudah bertapak di sana hampir satu dekad. Kerja yang kami lakukan bukanlah kerja yang mudah tetapi kami berjaya lalui kerana kami yakin ini adalah tanggung jawab yang telah dipilih untuk kami dan disinilah kerberkatan. 

Sekian perkongsian saya dan diharapkan membantu.

10 thoughts on “JENIS JENIS VISA ARAB SAUDI

  1. Salam..Tuan
    Sy nk tau bagaimana caranye saya nk dpt kan visa lawatan ke arab saudi..utk pengetahuan tuan isteri sy bekerja di arab saudi..sy ingin melawatnye di sana..tanpa pengetahuan nye..nk buat kejutan sempena hari lahirnye..sy cadang nk pergi ke arab saudi …tetapi bagaimana sy nk dptkn visa dan bagaimana caranye..berapakah kos visa lawatan ke arab saudi
    Terima kasih..

  2. Saya nak ke Morroco dan transit di Jeddah melebihi 12 jam, perlu jugak ke saya apply visa?

      • Salam..Tuan
        Sy nk tau bagaimana caranye saya nk dpt kan visa ziarah ke arab saudi..utk pengetahuan tuan suami sy bekerja di arab saudi @ jeddah..bagaimana sy nk dptkn visa dan bagaimana caranye..berapakah kos visa lawatan ke arab saudi
        Terima kasih..

  3. Assalam tuan.. Sy nk berhijrah je mekah Dan stay sana..nk bawak keluarga sekali Ade jalan x..sampai sana cari ape2 kerja utk tampung hidup

  4. As Salam.. saya nak buat umrah bersama isteri secara urus sendiri iaitu urus tiket Dan hotel Dan aktiviti Umrah secara sendiri. Bolehkah pihak mengadakan visa utk kami Dan berapa kpdnya…ty

  5. Assalamualaikum…

    Saya sekeluarga berhajat untuk bermusafir dan mengerjakan haji melalui jalan darat menggunakan kenderaan sendiri. Ahli keluarga seramai 12 orang. Bermusafir di Arab Saudi mungkin boleh mengambil masa sehingga 3 bln bagi kami sekeluarga termasuk mengerjakan haji dan berziarah di seluruh kawasan yg berada di Arab Saudi.

    Persoalan saya adalah:-
    1) Apakah jenis visa yang perlu kami mohon.
    2) Berapakah kos untuk visa tersebut.
    3) Adakah pihak tuan menyediakan perkhidmatan permohonan visa dan penempatan bagi tujuan haji secara sendiri.

    Mohon bantuan jawapan dari pihak tuan dan diucapkan jutaan terimakasih.

    • nasihat saya sila batalkan niat tersebut kerana sekiranya anda terkandas anda akan menyusahkan banyak orang sama seperti kumpulan motor basikal dan lain lain. Sila buat kerja merepek ini di tempat lain bukan di Arab Saudi.

      Melainkan anda sememangnya berhajat untuk memberi kerja lebih kepada pegawai pegawai diplomat dan rakyat malaysia di UAE dan Saudi serta bercadang untuk mengutip pahala kerana dicerca dibelakang kerana mereka tak sanggup kata depan depan muka kerana itu tugas mereka.

      Ini jawapan paling tepat dan ikhlas daripada saya yang penuh pengalaman ini. TQ

      • adoiii gelak sendiri baca reply Encik Husam ni..kelakor…sy dibawa ke page ni sbb berangan nak masuk Arab Saudi guna visa melancong..point utama sbb nak masuk Mekah buat umrah secara backpackers dgn kawan2 ppuan yang lain..nmpknye kene kuburkan hasrat nak berbackpack ke sana

Leave a comment