RIZQ

Saya nak cerita sikit….

Mamat ni driver Careem which is similar to Grab dekat negara kita.

Tiba tiba dia tanya awak nak bayar cash ka dengan visa. Saya jawablah cash.

Masa dalam kereta baru dia bagitahu. Sebenarnya gaji dia minggu depan baru nak masuk. Jadi apa saja boleh buat kerja bagi duit dia akan buat. Jadi kata dia subhanallah bila dia on saja system dia hari ni lepas kerja tiba tiba masuk request dari saya, dan walaupun sampai 6 minit saya tunggu tak cancel dan saya pulak request travel jauh. Orang lain 2 minit pon taknak tunggu dah. Dia perlukan sangat duit hari ni dan saya bawak rezeki dekat dia.

Jadi saya pun jawab, ‘Gul Alhamdulillah hada ar rizq minallah’ kata Alhamdulillah sebab ni rizq dari Allah.

Rezeki Allah ni datang dalam macam macam cara, yang penting kita kena usaha dan tawakkal.

Masa saya tulis ni pun mamat ni dok call mak dia bagitau pasal cerita ni yang Allah hantar rezeki dia hari ni dari 2 orang Malaysia orang baik katanya. Entah apalah masalah yang dia hadapi. Saya harapkan yang terbaik untuknya.

LAMA

Semalam di majlis Calvin saya mulanya diletakkan di meja lain. Disebabkan saya lambat masuk sebab kena mengadap Tuanku Sultanah dulu di holding room, tempat saya ada orang lain ambil dan saya diubah ke meja dekat dengan pentas dan saya ditempatkan bersama sama Farhan AF dan juga biduanita kita Aisyah dan Chef Zam.

Mungkin hikmahnya saya dapat berkenalan dengan Kak Aisyah buat pertama kali dan sepanjang majlis perbualan kami dari satu topik ke satu topik.

Banyak benda yang saya dapat belajar walaupun sekejap saja. Itu bezanya apabila kita berkawan dengan ‘orang lama’. Orang lama banyak pengalaman yang boleh kita ambil tauladan dan sempadan.

Berkawanlah dengan orang lama supaya kita menjadi lebih baik, berkawan lah juga dengan orang baru dan muda supaya kita boleh belajar perkara baru dan mencurah bakti……and of course dapat kekal muda.

DERANG

Saya message dekat team saya orang Terengganu…

Nanti ada pegawai istana akan call bawa kurnia Tuanku, nanti sembah junjung kasih derang datang office.

Staff saja buat higlight ‘Nanti ada pegawai istana akan call bawa kurnia Tuanku, nanti sembah junjung kasih ‘ 》》 faham

‘derang’ 》》tak faham

Allahu….saya terus tanya team sorang lagi senior sikit orang Terengganu jugak, hah derang orang Marang panggil apa bagitau cepat?

‘Pok ni’

🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️

KUASA

Lagi sekali nak tulis in case buat buat lupa

Kuasa rakyat – memilih wakil untuk rakyat

Kuasa parti menang majoriti – mempersembahkan calon calon mewakili sokongan majoriti sebagai MB, tidak ada kuasa melantik

Kuasa Sultan dan Yang DiPertua Negeri – melantik MB/KM mengikut budi bicara dan hemat Baginda tetapi tidak mempunyai kuasa memecat.

Kuasa DUN – memecat MB melalui undi tidak percaya tetapi tidak mempunyai kuasa membubarkannya sesuka hati.

Kuasa Sultan dan Yang DiPertua Negeri – membubarkan DUN untuk pilihanraya baru dengan menyerahkan semula kuasa kepada rakyat untuk memilih wakil mereka.

Soalannya, adakah Perdana Menteri mempunyai kuasa melantik MB? Jawapannya tidak. Perdana Menteri hanya mempunyai pengaruh sekiranya negeri tersebut sama parti dengan Kerajaan Persekutuan.

Adakah Sultan mempunyai kuasa melantik MB? Ya. Itu adalah kuasa pererogatif Baginda yang diperuntukkan oleh Undang Undang Tubuh Negeri dan Perlembagaan.

Adakah Sultan boleh melantik orang yang Baginda suka tanpa persetujuan parti majoriti atau rakyat? Jawapannya ya, tapi ia akan membawa konflik kepada kerajaan dan pentadbiran akan lumpuh malah membawa konfrontasi kepada istana.

Adakah Sultan bodoh? Tidak.

Adakah Mahathir bodoh? Juga tidak.

Habis siapa yang bodoh? Yang tidak faham undang undang negara sendiri. Kau faham undang undang Tamil Nadu jer.

Kesimpulan janganlah diperbodohkan oleh orang. Ambil tahu dan belajar.

طلب العلم من المهد الي الهد
‘Hang belajaq lah dari meruah beranak V mak hang dalam ndoi tu sampai hang mampoih masuk dalam lubang kuboq’

Sekian.

MB

Saya terbaca macam macam komen pasal isu di Johor.

Tun M kata kuasa melantik MB kuasa PM dan kuasa demokrasi rakyat. Ada orang kata even TMJ kata kuasa Sultan.

Lepas tu rakyat dan orang ramai pon pakat pakat jadi tukang debat piala daun kaduk dan daun sekentut.

Sebenarnya uniknya negara kita kerana tiada siapa pun mempunyai kuasa yang mutlak dan tertinggi. Kuasa kita dikongsi kongsi. Kerana perkongsian kuasa ini lah ada check and balance dan dalam masa sama boleh buat kita jadi lawan tarik tali.

Kuasa di tangan rakyat melalui demokrasi untuk memilih wakil rakyat, tetapi akhirnya yang akan mencadangkan nama MB atau KM adalah daripada parti atau gabungan parti yang majoriti dan boleh membentuk kerajaan.

Itu kuasa dari bawah naik ke atas.

Tapi bila sampai di atas, walaupun contohnya Tun M dan semua ketua ketua parti gabungan bersetuju untuk melantik si polan, kalau Tuanku Sultan tak setuju, orang tu tak boleh jadi MB seperti termaktub dalam perlembagaan. MB juga boleh datang dari bukan parti majoriti. Cumanya kalau ambil MB yang tak disokong ramai maka akan adalah krisis lain dan kerajaan akan lumpuh.

Lepas tu contohnya di Negeri Pulau Pinang, katakanlah nak buat wayang hindu macam Anuar suka buat tetibe jer nak bubar DUN, nak buat pilihanraya baru, tak boleh tau sebab kuasa membubarkan DUN hanyalah di tangan Yang DiPertua Negeri.

Atau macam krisis di Terengganu, Sultan tak ada kuasa memecat MB walaupun kuasa melantik adalah di tangan Baginda. Memecat hanyalah daripada sidang DUN dengan undi tidak percaya.

Jadinya tak ada sapa pon ada kuasa mutlak dan semua kuasa diagih agihkan bagi menjaga keseimbangan.

Ni baru cakap pasal cerita MB belum masuk tajuk lain.

Jadinya kita patut bersyukur kerana orang orang terdahulu telah melakarkan perlembagaan kita dengan sangat teliti yang telah mengambil kira semua perkara yang pastinya untuk kestabilan dan menjaga kedaulatan dan keharmonian negara kita. Yang pastinya rakyat terjaga dan negara berdaulat.

Korang faham tak cerita abe ni?

MIHAS

Saja nak buat lawak..

Tadi ada pasangan datang booth kami di Malaysia International HALAL Showcase (MIHAS).

Manja betul gaya pasangan berdua ni.

Nak jer tanya ‘Are you both Halal?’ 😁

ADOI

Apakah perasaan anda setelah prep ayam golek elok elok lepas tu set oven 40 minit dan 230 darjah celcius…..

Kemudian setelah 40 minit oven anda berbunyi ‘keting’ tanda dah siap dan anda dapati ayam golek tersebut duduk elok saja atas tray tetapi di luar oven, lupa nak boh tadi. 😭

BENAR

Pada fikiran saya sangat mudah bekerja dengan saya.

Kenapa?

Kerana saya semuanya BERTERUS TERANG.

Saya bagitau apa yang boleh buat, apa patut buat, apa yang tak boleh dibuat.

Berterus terang bukannya bermaksud jahat, berterus terang bukannya bermaksud nak condemn, berterus terang bukannya bermaksud marah, berterus terang juga bukannya bermaksud menghina.

Berterus terang supaya kita boleh move forward.

Kita move forward supaya lebih baik dimasa akan datang.

Sebab itu kita perlu berterus terang.

Tetapi malangnya dalam masyarakat kita, kita lebih selesa dengan orang yang bermulut manis tetapi menikam kita dibelakang, kita lebih selesa dengan orang menjanjikan kita macam macam tetapi tidak menunaikannya, kita lebih selesa dengan orang yang cakap lemah lembut tetapi sebenarnya penipu besar, kita lebih selesa dengan orang yang memuja muji kita di depan tetapi berkata buruk dengan kita dibelakang, kita lebih selesa dengan orang berbohong dengan kita kerana yang benar itu menyakitkan.

Berterus terang dan berkata benar itu adalah dosa dalam masyarakat kita.

Orang yang menipu, berpura pura, bermuka muka, cakap berbolak balik, orang itu yang diangkat menjadi pujaan masyarakat dan dihormati.

قل الحق ولو كان مرا

– hadith –

KAFARAH

I had a conversation with my friends and we did a brainstorm about the differences between us Malaysian business people and Saudi business people.

We listed out what are the things, the general perception when we Malaysians think about Saudi business people and vice versa which listed by my friends and i also shared what are the perception about Malaysian business people by Arabs. The focus was only on the negative perception and branding.

Malaysians think Arabs….

– hard to deal, tough to negotiate, hard to handle
– rough people
– too slow, take things too long and lateness is normal
– too simple, take things easy, no system
– cheater

Arabs think Malaysians….

– do not have patience and want to rush everything
– no trustworthy no amanah
– like to cross over if possible, betray partnership/friendship or breach contract because of greed
– no sense of brotherhood/ friendship loyalty

I added one more thing to my friends, Malaysians never believe or scared of a’in or kafarah that anything that we do to others, Allah will return it back cash good or bad especially if we live in Al Haram or nearby.

Thats all my sharing for today.

May Allah protect us and never put us in any of these category. Share if you like.

RAM

Me: Nanti Ramadhan bawakkan barang.

Contractor : Eh nak saya sambung bulan Ramadhan pulak ke?

Me : Bukaaaaaaaaan, nanti staff saya nama Encik Ramadhan akan bawakkan barang barang tu semua.

Contractor : Oooo baru faham 😁