DATO BAHA

Sampai hari ni saya menyesal, Arwah Cikgu Baha ada bagitau yang kita ni orang Melayu ada 100 jenis lebih sambal sambal.

Cikgu Baha cakapnya banyak tapi lucu orangnya. Akan terpesona bagi sesiapa yang dahagakan perkara baru.

Bodohnya saya kerana langsung tidak terfikir untuk mencatat apa yang diceritakan. Zaman tu FB pon tak ada video dan live lagi. Telefon pintar pon masih awal zaman.

Sambal sambal tu semuanya hilang dengan beliau ke jasad bumi.

Saya masih boleh bersyukur kerana 7 dialek Melayu orang Pulau Pinang masih kekal dalam ingatan dan petah boleh diajukkan.

EXPORT

Saya tak pasti samada kefahaman saya ni betul, tapi pada pendapat saya aktiviti export produk tu hanya boleh diklasifikasikan export hanya apabila produk yang dihantar tu melalui jalan darat, laut atau udara merentasi sempadan negara melalui saluran yang betul iaitu melalui pelabuhan laut, atau melalui lapangan terbang kargo atau melalui sempadan sempadan negara secara rasmi, membayar cukai terlibat serta fee tertentu oleh kerajaan serta direkodkan dalam rekod kastam dan mempunyai dokumen dokumen export yang lengkap.

Itu dinamakan eksport.

Kalau masuk kot Sungai Golok tu secara jalan tikus kita tak kata eksport. Kita panggil seludup.

Kalau macam orang beli sambal dekat Foodmarket bawak sebotol lepas tu sampai Paris ambil gambar dekat Eiffel Tower pon tak boleh kata eksport.

Kalau naik kapal terbang hand carry penumpang pon kita tak kata eksport. Kita kata hand carry sajala. Macam bawak tangan bodo macam tu saja. Kalau bawak hand carry satu unit dua unit saya panggil bawak bekal lah nak travel, tapi kalau banyak banyak pula, siap berpuluh karton, tak bayar cukai, tak follow undang undang negara kita dan negara yang dibawa masuk, tak bayar VAT, tak ada sijil kelulusan kesihatan, sorok sorok pula sekali penumpang yang tu saya kata bukan dah bawak bekal dah tu wei…..tu menyeludup. Smuggle!

FYI dulu dulu saya menyeludup barang kita masuk Selatan Thai. Saya dah berhenti lama dah lebih sepuluh tahun sebab mak saya kata rezeki syubhah dan tak dak berkat dalam hidup. Saya beli hadiah pon dia tak mau ambil sebab saya beli dari sumber yang dia tak redho.

Berkat, Halal dan Redho itu penting bagi saya.