USTAZ

Saya ada seorang sepupu dia dulu dulu belajar di Syria.

Sekalipun dia tak pernah minta duit dari keluarga sampai menjadi kerisauan kepada keluarga. Saya pernah jalan jalan ke Syria beberapa kali dan lepak di rumah sepupu saya.

Ceritanya Sheikh yang mengajar dia yang menyara dan bagi duit poket kepada dia selama ni. Ceritanya di Syria Sheikh Sheikh besar di sana kebanyakannya kaya raya. Mereka owner kilang, ada perniagaan dan harta yang banyak. Dengan perniagaan itu pula mereka ada ramai pelajar dan anak anak didik yang mereka sendiri tanggung. Salah seorangnya adalah sepupu saya dan Sheikh beliau selain mengajar di Universiti, beliau adalah usahawan sabun dari minyak zaitun dan beliau ada ladang zaitun.

Berbeza dengan Usetat Uusetat dan Sheikh di Malaysia, anak murid, penonton, pendengar dan peminat yang menyara kehidupan mereka. Mereka perlu dibayar barulah keluar bait bait kata kata dari syurga. Kalau tak bayar mereka tak akan berdakwah, kalau bayar sikit mereka akan merungut. Kehidupan Sheikh di Malaysia juga agak mewah kerana disara oleh anak anak murid. Mereka hidup bagaikan selebriti.

Sebab itulah ilmu dakwah mereka itu manusuk hingga ke kalbu kita dan melekat di hati dan ilmu penuh barakah.

Sekian!

Leave a comment