STORY FROM DAYANA

​Yesterday I went to LHDN Jln. Duta to find out what this letter about my 2014 income tax submission is all about. I was then told to go to LHDN Bandar at Raja Chulan as they said that the letter was issued out there. In my mind I thought that the system would be centralised and wondered why despite the upgrading of systems to electronic would still require us to go the specific office where the letter was being ‘issued’. Anyhow, I was informed to bring all my receipts of evidence which includes the EA 2014 form, and all my NGO and personal insurance contribution receipts. 
So today at 9.40pm went to the LHDN Bandar at Jln Raja Chulan and enquired at the customer service counter.
Personnel whom I would refer to as ‘Her’ attended to me:
Her: “Minta maaf,system kami down, Cik kena dtg balik” 
Me: “Bila agak-agak system ni ok?” 
Her: “Kami tak pasti” 
Me: “Selalunya 1 hari ke 2 hari ke..” 
Her: “Kadang-kadang 1 hari, tgk la tapi Selalunya petang ok, kami pun tgh tunggu notis IT, ataupun Cik boleh telefon kami.”
Me:” Ada tak nombor telefon yang ada orang angkat, sebab selalu saya call, busy, tak pernah ada orang angkat?” 
Her “(Fumbling), Cik cuba dtg lain kali la”
So I left the building. #mymoney #pleaseimprovethesystem #buangmasa #wastingtime #wastemoneyonparkingandfuel #apanilhdn

SEPARA GOMEN

Ni jawapan email saya bila ada separa gomen minta saya bantu mereka laksanakan projek basmi kemiskinan tetapi bila sampai hujung hujung projek dah siap dan buat keling pusing kot lain.

Saya yakin ramai rakan rakan di luar sana pernah mengalami masalah yang sama kerana hari ni saya berani jamin gomen semua lebih kurang sama saja. Ambil perhatian dan ambil tauladan dari kisah ini.

“Talking about sustainability, everything cannot promise sustainability if it is just a one off. Sustainability is too ambiguous and subjective but we can plan towards it base on our earlier explanation. Even our body cannot promise sustainability, today we are ok but maybe tonight we will sick. Today CIMB is the top player but tomorrow other competitors will take over the ranking.

So it is important to make sure the subject of being sustainable when all stakeholders work together hand in hand and closely and make sure everything is smooth and steadily. If one of the stakeholders making this project become difficult or make things difficult sustainable is not a topic to discuss.”

SYMP

Saya belajar abbreviation baru…

SYMP – saya yang menurut perintah

Saya bagitau dekat pegawai gomen tu…. puan saya bukan keturunan symp. Setiap perkara mestilah ada justifikasi yang logik dan boleh diterima oleh akal saya.

Saya tak menurut cakap sapa sapa membuta tuli.

CERITA

Teringat saya tahun lepas saya kena bentangkan dekat satu board meeting. Salah sorang ahli dalam board meeting tu adalah orang besar top 10 dalam Exim Bank.

Kita pon punyalah explain potensi dan apa perlu kita lakukan supaya produk SMI Bumiputera dapat dimaksimumkan kewujudan dia dalam pasaran di Jeddah.

Sambil cerita tu sebenarnya sebulan kami buat research dan semua hasil research telah diterangkan dengan terperinci dekat dalam report yang telah diberi awal kepada semua board members.

Sambil dok present tu si wakil exim bank tanya macam macam soalan yang saya betul betul geram sebab soalan dia tanya tu samada dia nak test kami ni bodoh atau nak bagi tau sebenarnya dia yang bodoh.

Last sekali ada satu komen yang terus dia test limit saya……

Katanya…. you guys dah buat study betul betul ke kenapa nak pilih Jeddah. Viable ke project you guys ni. I dont think Jeddah sesuai, entah port pon tak ada.

Bila dia kata port pon takda….. saya terus terjegil mata. Saya terkejut sangat sebab perkataan macam tu keluar dari mulut seorang yang berpangkat tinggi dari sebuah bank untuk export.

Saya kata apa tuan kata! Jeddah tak dak port? Tuan ni mai dari mana? Kalau ya pun nak test kami jangan la sampai tahap macam ni. Hargailah penat lelah kami buat research tak tidur malam bersengkang mata buat report segala. Jangan lah insult kami sampai macam ni. Bacalah paperwork tu. Kalau malas membaca bagitau awal awal supaya tak buang masa kami.

Tuan cakap macam bangla kata viable ke buat business trading house dekat Klang. Ada ke Port dekat Klang!

Sebab saya dah terlalu marah dan tak dapat kawal emosi saya saya terus cakap Penang. Saya tak tinggi suara atau tengking dia tapi setiap butir perkataan sudah cukup untuk ajar orang macam dia.

Pegawai tu terus pack barang kononnya ada mesyuarat lain dan dia blah dengan 2 orang pegawai bawahannya lagi.

Kalau korang nak tau ini adalah salah satu scene bila anda deal dengan orang yang pandai jilat teloq boss dan dapat jawatan bukan kerana merit dan kecerdikan dan berlambak orang macam ni dalam gomen dan GLC.

Aleuto!

HELL

I said to my friend…. you go to hell lah!

Then he said i dont mind

I said… hey watch your mouth about what you wish. Hell got fire you know.

Then he said…….helloooooooo

Im Indian

We walk on fire!

5S

Petang tadi saya telah buat 5S untuk salah satu bilik.

Rasanya setengah tan barang dibuang. Nak bagi orang tak gamak. Dari cadar lama, langsir, baju sampailah paper work lah apa kebenda macam macam lagi.

Ini adalah pencapaian yang patut dibanggakan (sambil kembang kempis hidung).

Anda bila kali terakhir buat?

SWOT

Kekuatan Tun M adalah Tun  Siti Hasmah dan kelemahan Tun M adalah Tun Siti Hasmah.

Kekuatan DS Najib adalah Tun Rahah dan kelemahan DS Najib adalah DS Rosmah.

Ini hanya pendapat peribadi saya.

TH

Tadi saya bersembang dengan kawan lama dari Jeddah di Pavilion. Beliau sedang bercuti selama seminggu di sini.

Kemudian perbualan kami berlanjutan dari satu topik ke satu topik sampailah kepada satu topik.

Katanya tabung haji mempunyai huge investment untuk hotel dengan perkongsian bersama Saleh Kamel melalui Dallah.

Saya kata wait wait……

Kalau benarlah ada saya pasti perkara ini akan jadi tajuk utama di Malaysia. Syarikat sebegini besar di Malaysia tidaklah begitu zuhud dan tawadduk dalam perniagaan dan imej korporat mereka.

Soalan saya….. Tabung Haji atau individu  yang mempunyai huge deal dengan Saleh Kamil?

KERJA

Saya bagitahu kawan bila saya buat sesuatu saya akan fokus dan tumpu kerja tersebut.

Bila saya tumpu saya buat sungguh sungguh sampai habis.

Kemudian baru saya pergi ke projek lain pula.

Contohnya sebelum ni saya tumpu sebulan siapkan Kedai Perlis. Saya tak buat benda lain. Saya terpaksa tangguhkan kerja lain. (Kedai ni tak lingkup tapi partnership ni yang terlingkup)

Kemudian baru saya fokus urusan shipment. Dan kemudian pula saya ke Saudi set up kedai kami di Jeddah. Siap infra kedai baru saya balik KL dan uruskan hal lain pula.

Kenapa saya tak boleh buat banyak benda?

Satu kerana team kami kecil saja. Saya tak mampu nak gajikan sampai 10 20 30 orang pekerja. Apatah lagi beratus orang. Belum lagi sampai tahap macam tu. Tetapi walaupun kami kecil sebenarnya team kami boleh buat mengalahkan satu jabatan gomen.

Keduanya kami bukan ada access kewangan macam gomen atau GLC atau MNC. Boleh ada peruntukan travel hari ni ada Perlis esok ada Jakarta lusa ada Kelantan tulat ada KL tungging ada London terbalik ada KL balik.

Kami tak mampu travel macam Donald Trump. Kalau kena pergi satu tempat kami rancang kewangan dan pergi dan selesaikan semua kemudian kami balik. Nak ulang alik kami tak mampu.

Jadinya katakanlah bulan November saya dah peruntukkan untuk kerja di Melaka selama sebulan, dan Disember saya akan kembali ke Arab Saudi untuk buat kerja lain…..jadinya sekiranya kerja di Melaka tidak siap dan faktor tidak siap pula bukan dari saya sendiri…. saya terpaksa tinggalkan kerja tersebut separuh jalan dan letak fokus saya kepada kerja lain.

Kerja dan hal di Melaka saya akan tengok balik bila saya dah pulang. Itupun kalau interest dan focus masih ada. Kalau tak dah sejuk nak warm up balik bukan senang wooo. Silap silap masuk dalam archive sebagai sejarah gajah putih saja.

Begitulah ceritanya.

HALAL

Pelik betul dengan restaurateur seluruh dunia ni yang tak kreatif langsung.

Mereka mungkin berani dan bold untuk membuka perniagaan di negara orang. Orang India, Pakistan, Arab merata ceruk dunia ada. London, New York, Paris, Amsterdam malah Bangkok dan banyak negara Asia.

Kerana ada kumpulan ini kita sebagai orang Melayu dapat lah merasa makanan dan daging Halal.

Tapi masalahnya jumud dan peliknya mereka ni mereka tak fikir ka orang pergi Paris bukannya nak makan beriani dan kebab. Nak the best beriani tunggu la kita melawat India. Nak kebab nanti kita pergi Cairo ka kita makan la puas puas.

Pergi Paris kita nak juga merasa French cuisine yang nak sebut pon berbelit belit lidah. Pergi London mesti la nak merasa Wellington beef dengan yokshire pudding ka…apa menatang steak pie dan macam macam lagi makanan mat saleh tu.

Ini tidak. Beriani beriani beriani……. lama lama bodo sebab terlebih makan beriani.