MAK NJANG

Semalam bonda saudara saya telefon dari Makkah Al Mukarromah.

Dia tanya hang bila nak balik mai, mai la lekaih. Ummi saweet shourba baba hang suka (ummi buat sup yang ayah hang suka).

Lepas tu dia bagitau degheyan hari tu makan habeh. Masyaallah sedap sungguh. Ahmad hang perabih satu. Abla laaaghi naik ataih bila tau degheyan (kakak).

Nih keghopok tu elok lah. Bok mai la lagi nanti nak bagi duit. Bekam habbah (berapa harga satu).

Ahmad nak menikah ni hang tau dak. Ambik anak orang Arab. Hang jangan takdak nanti kena ada.

Lebih kurang begitulah perbualan ringkas saya dengan bonda saudara saya. Mungkin sebab bonda saudara saya orang lama, dia tak pandai nak luahkan perasaan macam orang zaman sekarang. Tapi cerita yang ditanya tu jelas dia rindukan anak saudaranya.

Last sekali saya bagitau waheshteene kullu waqt afakker annek (husam rindu sangat sangat setiap masa dok teringat). Last dia jawab haaaaa la, lagu tu lah. Khalas abatasel mak hang (dah nak telepon mak hang pulak).

Note : Saya tulis disini untuk nukilan kerana saya tahu satu hari saya pasti merindui cerita cerita begini.