Siti dalam hidup saya

Hari ini tanggal 23 Oktober hari yang sebenarnya saya telah rancang sebulan yang lalu telah tiba. Saya memang berhajat untuk berjumpa dengan wanita ini yang sebenarnya memberikan impak yang besar didalam hidup saya. Apa yang beliau lakukan mungkin perkara mudah sahaja tetapi ia merupakan suatu titik tolak didalam memacu perjalanan hidup perniagaan saya sehingga ketahap hari ini.

Ia bermula dengan suatu hari saya ada ada menerima message di dalam FB saya dengan nama Yahya Siti. Beliau bertanyakan samada saya masih mengingati beliau. Setelah disemak dengan teliti…Ya ni Kak Siti Aminah atau pada awalnya nama formal yang saya sebut sebagai Puan Siti.

Saya kenali beliau ketika itu di dewan Persatuan Pengurup Wang Dan Peniaga Emas Pulau Pinang. Ceritanya mudah,  saya pernah membuat permohonan pinjaman MARA tetapi awalnya ditolak. Lalu Dato Haji Warris dengan nada suaranya yang macam marah marah dengan ‘deep voice’ dengan tegas memanggil saya dan mempertemukan saya dengan Puan Siti yang ketika itu Timbalan Pengarah MARA Pulau Pinang. Ayat yang dimulakan, ‘ini anak muda, very enterprising, nak kembang business dia, buat permohonan MARA tapi depa tolak, saya harap you boleh tolong tengok tengokkan’.

Diringkaskan lagi cerita melalui perkenalan tersebut, setelah melalui semua proses yang dikehendaki saya diluluskan permohonan dan bermulalah era baru perniagaan saya. Butir-butir proses tersebut mungkin saya akan ceritakan di episod yang lain.

Maka dari situ bermula satu hubungan akrab diantara dua individu ini, Puan Siti yang kini saya panggil Kak Siti, dan Dato’ Waris yang kini saya panggil uncle sahaja, kami dah menjadi seperti keluarga, tempat saya bertanya masalah dan penyelesaian, idola dan mentor juga, juga beliau adalah Pengerusi bagi kumpulan syarikat saya ketika ini. Tapi ini bukan cerita Waris! Ini cerita Siti….

Perkenalan dengan Kak Siti hanya satu permulaan.

Tetapi yang membuatkan saya akan mengingati Kak Siti sampai mati adalah kerana suatu perkara mudah yang beliau pernah lakukan kepada saya yang sememangnya saya rasakan beliau langsung tidak menyedarinya telah memberikan impak yang sangat besar kepada hidup saya.

Ketika itu saya berada diantara waktu yang sangat genting, Restoren yang saya usahakan di Nagore Road sudah dalam keadaan tenat kerana modal sudah habis, ladang kambing di Sungai Acheh juga sangat bermasalah dek kerana masalah pekerja, masalah kewangan dan lain-lain.

Saya sudah hampir putus asa dan ingin mengambil keputusan untuk tidak mahu berkecimpung didalam alam perniagaan lagi. Mungkin jalan pintas adalah saya ingin mencuba untuk bekerja makan gaji. Saya rasakan itu jalan paling mudah dan selamat serta masalah serabut kepala akan hilang.

Didalam waktu kemelut tersebut, dengan wang tiada didalam poket tiba tiba Kak Siti menelefon saya mengajak ke PWTC keesokannya untuk program seingat saya SDSI kali pertama.

Saya masih ingat kami naik bas, perjalanan hanya sehari dan keesokannya selepas program terus pulang.

Semasa di PWTC saya bertemu ramai rakan-rakan dan banyak perkara yang dibualkan telah menyebabkan semangat dan motivasi saya kembali. Saya juga masih ingat 2 orang yang saya telah jumpa membuatkan saya bersemangat kembali, Azhar dari Halagel dan Azeli yang ketika itu di OIC Trade.

Saya pasti sekiranya saya tidak ke KL bersama MARA hari tersebut mungkin saya sekarang berada di mana mana syarikat makan gaji sebulan 3ooo Ringgit. Sayangkan kalau ‘talent’ ini disia-siakan.

Maka kerana itu juga saya akan sentiasa mengingati nama Siti ini…..

Maka dengan hubungan dan kenangan tersebut menyebabkan saya mengambil keputusan saya perlu pulang awal ke kampung seminggu sebelum raya.

Pertama bagi menyambut Datuk Siti dan suami yang berkunjung ke Seri Mutiara bagi mengadap untuk menjemput Yang Di Pertua Negeri untuk perkahwinan anak sulung Dato K…..Anas dengan anak Dato’ Seri Hisyamudin.

Dan yang kedua adalah kerana bagi berjumpa dengan Puan Siti Aminah…….dan pertemuan ini berlangsung di bilik beliau, Bangunan MARA Kedah di Jalan Stesen off Jalan Langgar. Kami berbual tanpa disedari selama 4 jam!

Cheese Dimakan Ungka – Vol 2

sambungan kisah saya dengan Puan Kalsom yang terkebil kebil,

Saya tunjukkan kepada beliau lakaran ringkas serta sebahagian daripada idea tersebut. Saya ceritakan bagaimana cadangan untuk membangunkan bangunan Mara untuk dijadikan boutique hotel, berlandaskan kepada gabungan dekor kolonial dan islam.

Idea tersebut telah saya kongsi bersama tok su saya dan dijual kepada beberapa rakan kongsi beliau di Arab Saudi. Tak perlulah saya sebut nama tok su saya itu siapa, cukuplah sekadar bahawa beliau adalah ‘orang lama’ yang membina hubungan kedua negara Malaysia dan Arab Saudi.

beliau tertarik dengan penceritaan saya…..tetapi beliau tidak dapat berbuat apa apa.

Diringkaskan cerita hasil pertemuan itu juga menampakkan bahawa walaupun Uda mempunya idea tentang pembangunan kawasan tersebut,tetapi ia terlalu makro. bak kata tahu hendak membuat kereta, tetapi masih belum pasti bagaimanakah enjinnya, teknologi enjinnya, aksesori untuk pastikan ia menarik, dekor dll.

Kosong.

Hinggakan beliau tidak tahu dimanakah untuk mendapatkan kontraktor untuk kanopi penjaja. Disini dua orang rakan yang saya temukan menjadi rakan kongsi dan menjadi pembekal kepada Uda. Firdaus dan seorang lagi saya dah lupa namanya. Patutnya saya patut ambil saja komisyen dalam urusniaga ini. Tetapi ini bukan style saya. Yang penting saya tolong selesaikan masalah dan buka peluang rezeki kepada kawan saya.

Cuma yang tak enaknya saya dimaklumkan ada sedikit masalah antara rakan kongsi ini yang menyebabkan sedikit masalah lain menyusul.

Mereka namakan kawasan tersebut sebagai Kapitan Walk. Seingat saya setiap malam hujung minggu jalan Buckingham akan ditutup untuk dipasang khemah khemah penjaja. Konsepnya sudah tepat tetapi pengisian KOSONG.

Mereka tidak buat kajian, dan kajian ini telah saya tulis didalam kertas kerja saya yang telah dihantar ke Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ketika itu YB Fairus Khairuddin. Ada beberapa faktor penting yang akan memastikan sekiranya sesuatu kawasan jajaan akan berjaya:

1. Faktor lokasi dan mudah untuk parking, mudah parking disini tidak semestinya bermaksud ada tanah yang lapang. Cukup sekadar untuk meletakkan kereta tanpa gangguan.

2. Tempat kawasan tumpuan.

3. Konsep serta tarikan jenis barang dagangan.

4. Pengisian.

5. Publisiti berterusan.

Kapitan Walk langsung tidak mempunyai kesemua faktor faktor penting keberjayaan projek tersebut.

Perkara pertama,ia terletak di celah celah sarat bangunan yang sememangnya susah untuk meletakkan kereta. Orang juga kurang akan dapat melihat akan adanya sesuatu aktiviti disitu kerana kawasannya agak terceruk, faktor pertama sudah fail.

Keduanya ia bukanlah terletak di kawasan tumpuan sedia ada, contohnya jika di Padang Kota, tanah lapang Queensbay, Gurney Drive dan sebagainya. Kawasan tersebut hanya dikenali kepada penggemar nasi kandar beratur sahaja. Faktor kekuatan kedua juga fail.

Maka faktor ketiga amatlah penting. KONSEP.

Konsep disitu perlulah berlainan serta mempunyai barang dagangan yang berlainan yang akan menjadi daya penarik kepada orang jauh untuk datang kesitu. Tetapi sayangnya konsep yang dibuat lebih kepada caca marba seakan akan diantara pasar malam dan pasar tani.

Saya ada katakan kepada kak Kalsom, peniaga mestilah dipilih dan dibuat saringan. Jika perlu kita perlu jemput peniaga peniaga unik untuk membuka tapak disitu. Pengurusan mestilah seperti hendak membuka shopping complex!

Apa yang terjadi jika kita berjalan di Kapita Walk….jual baju…kosong, kosong, kosong,jual tudung,jual baju….kosong, kosong, ice blended,kosong, jual baju…….

Kalaulah saya sendiri adalah pengunjung, saya jalan separuh jalan sahaja dan akan terus balik ke rumah dan maklumkan kepada rakan rakan tak perlu kesana kerana tiada apa yang menarik. Sudahlah tempatnya jauh, parking pon susah, tempat tidak menarik, konsep macam pasar malam, lebih baik saya ke pasar malam di bayan baru yang lebih luas,mudah parking dan banyak variety.

Jadi apa lagi yang boleh memberikan saya ‘pulling power’ untuk kesana selain daripada pengisian di Kapitan Walk…. ini juga KOSONG…maka tidak perlualah disebut faktor terakhir.

Saya masih ingat Kak Kalsom beberapa kali mengajak saya kopi kopi untuk brain storm apa boleh dibuat untuk Kapitan Walk. Sebagai menghormati beliau dan juga dengan sedikit kasyaf saya menjawab baik tetapi tegas, hantar surat rasmi menjemput saya unduk duduk dalam jawatankuasa….saya dengan sukarela dapat berkongsi idea.

Beliau jawab ya ya ya ya ya tadak titik….hehehehe.

Jadi, sekiranya pembaca disini dari kalangan orang orang kerajaan, PBT, persatuan atau ahli perniagaan yang ingin membuka atau menguruskan ‘flea market’…pastikan 5 faktor utama tersebut diteliti dengan baik. Ia nampak mudah tetapi tidak mudah.

Hurmm….rasanya tak perlulah saya sebut apa idea saya serta konsepnya yang boleh dibuat di Buckingham Street itu. Belum saya tulis kertas kerja dengan lengkap pon sudah ada penyamun tarbush. Apatah lagi kalau saya tulis dengan details disini, suka lah si pemakai kain dotti hendak menyambarnya.

Biarlah idea tersebut mati bersama saya.

Beberapa orang pegawai kerajaan pernah saya bentang kepada mereka. Sekurang kurangnya jika perkara ini diulang oleh orang lain, saya suka mendengar……’err bukankah ini telah dicadangkan oleh husam pada tahun tahun yang lalu’….by the way it happened few times ya…dan ada pula hamba allah yang akan menyampaikannya.

YB Danny Law, setelah mendengar pembentangan saya untuk Buckingham Street,beliau meminta saya memanjangkan idea tersebut hingga ke Lebuh Acheh dan Armenian Street. Saksi perbincangan tersebut adalah frame pewter yang dihadiahkan beliau kerana sukanya beliau kepada budak muda ini.

Tapi sayang…….semuanya separuh jalan atas kerana …..hurm perlu sebut ker!

By the way, Timbalan Ketua Menteri 1, yang baru Dato’ Mansor…..sering mengulang ngulang untuk menjadikan  bangunan MARA tersebut sebagai dewan orang ramai. Ayat ini diulang ulang hanya selepas satu sembang sembang kosong di meja bulat kecil didalam bilik beliau bersama seorang budak hingusan di tingkat 52.

Idea dewan orang ramai tersebut tercetus daripada Qaah Hafla (Dewan Majlis) di Arab Saudi untuk perkahwinan . Hehe Dato Mansor sendiri tidak pernah lagi ke Mekah apatah lagi menghadiri perkahwinan Arab. I doubt as well if he has arab cross breed as I can’t see any genetic resemblance on his nose. He he

Jadi siapa budak hingusan tuh yer?

I also doubt if they really do the dewan orang ramai, it will be another ugly dewan pasar batu lanchang or dewan pasar bayan baru.

Ini adalah 10% daripada cerita cerita yang asal usulnya daripada seorang budak hingusan yang bukan sekadar melontarkan idea, tetapi juga pernah menghantar kertas kertas kerja rasmi dan pernah hingga dibawa ke mesyuarat peringkat akhir Ahli Majlis, akhirnya sebahagiannya terbengkalai di tengah jalan, atau ditukar muka surat hadapannya, atau diambil serta ditukar nasabnya…..dan yang paling best, ditiru bulat bulat tetapi disebut dia punya.

Ini bukan lembu buat kerja sapi dapat nama……tetapi susu sudah bertukar keju dimakan oleh ungka!

Satu sahaja yang menyelamatkan copyright idea tersebut………you hold all the facts and the details….you have the engine, the engineering and the lubricant. They just wanted to built a car.

Un-copyrighted brain child (Lembu buat susu cheese dimakan Ungka)

Hari ini saya mendapat lagi satu perkhabaran di Pulau Pinang yang mengatakan mereka pernah mendengar idea ini.

Kali ini terpanggil untuk saya menulis kerana sudah saban kali berlaku perkara yang sama, idea yang merupakan ‘brainchild’ saya dibungkus dan tidak diterima pada awalnya sebenarnya diulang tayang dengan tajuk yang sama,tetapi pelakonnya berubah, dari seorang Melayu kepada seorang Mamak.

Saya masih ingat ketika itu kami berbual bual di anjung PISA, tidak perlulah disebut namanya tetapi orang lamalah boleh dikatakan didalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Beliau berkongsi tentang permasalahan kawasan wakaf MAIPP di Buckingham Street.

Perbualan kami terlanjut daripada perjumpaan tidak formal bersama beliau di pejabat beliau beberapa hari lalu bersama Timbalan Pengarah UPEN Puan Hafidzah.

Puan Hafidzah yang beria-ia ingin memperkenalkan saya kepada beliau kerana Puan Hafidzah berpendapat idea daripada bual bual kosong saya bersama beliau di KOMTAR patut dibawa kepada MAIPP.

Saya sering berkongsi cerita flea market yang ada di banyak negara pelancongan seluruh dunia yang Pulau Pinang tidak ada. ‘Conceptual Flea Market’. Kita berbangga dengan produk kita pasar malam,tetapi kawasan pelancongan kita tidak memerlukan sebuah lagi pasar malam dan perlukan sesuatu yang berlainan.

Puan Hafidzah mengatakan MAIPP perlu mewujudkan seperti apa yang saya dikatakan bagi menghidupkan kawasan wakaf mereka yang ‘mati’ kerana tiada pengunjung.

Ada pertemuan tersebut maka tercetusnya perbualan kami di PISA hari itu.

Diringkaskan cerita, beliau menyuruh saya hantarkan kertas kerja.

Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kertas kerja tersebut.kerana semuanya sudah ada di kepala. Lagi pula,saya hanya menghantar ‘kertas kerja konsep’ sahaja yang tidak sampai 10 muka surat.

Cukup untuk difahami idea tersebut, tetapi butiran kecil tidak saya sebutkan disitu kerana butiran tersebut lah yang penting bagi memangkin kepada keberjayaan program tersebut atau tidak. Hari ini saya bersyukur kerana tidak disebut butiran terperinci tersebut.

Seingat saya masa berlalu beberapa bulan.

Banyak kali saya telefon beliau bagi mengetahui sebarang maklum balas dan bilakah saya dapat membuat presentation penuh kepada Ahli Majlis MAIPP serta Yang DiPertua yang ketika itu masih lagi YB Shahabudin Yahya, orang UMNO, sedangkan kerajaan yang memerintah ketika itu pula dari PakatanRakyat.

Semuanya senyap begitu saja.

Dalam masa sama, saya ketika itu baru memulakan perniagaan baru Frozen Cheese Cake serta perniagaan asas saya mengimport peralatan perkusi dan pergendangan. Seingat saya, saya sudah mula berjinak jinak didalam mengeksport makanan. Semuanya masih dalam permulaan. Yang stabil hanyalah aktiviti mengimport alat muzik yang saya jalankan semenjak tahun 2000.

Atas kerana perkenalan tersebut saya berjaya mendapatkan pejabat di 24, Buckingham Street. Ketika itu kawasan tersebut kosong dan lengang.

Tujuan saya memilih kawasan tersebut adalah kerana faktor lain yang melibatkan Timbalan Ketua Menteri 1 ketika itu YB Fairus Khairuddin, cerita ini akan saya sentuh diwaktu yang lain.

Setelah hampir setengah tahun berlalu tiba tiba saya mendapat jiran baru, UDA Holdings. Maka mulai hari itu saya dimaklumkan pengurusan kawasan Buckingham Street diambil alih oleh UDA dan bayaran sewaan perlu dibuat di pejabat tersebut yang bersetentang dengan pejabat saya.

Hari pertama saya pon membuat kunjung hormat ke pejabat mereka. Ketika itu hanya ada sebuah meja dan 6 buah kerusi.

Puan Kalsom, manis orangnya yang pada mulanya dibahasakan Puan dan akhirnya saya memanggil Kak sahaja. Orangnya baik telahan saya.

Dalam berbual bual,saya terlihat banyak lukisan lukisan grafik ilustrasi yang gayanya seperti…..hurm familiar…..

Apa tu Puan?

Beliau pon dengan seronoknya menceritakan cadangan untuk membangunkan kawasan Buckigham Street, selain daripada pembaikan bangunan sedia ada, tambahan hotel murah yang akan dikelolakan oleh Ancasa anak syarikat UDA, dan flea market.

Saya tanya flea market ini siapa yang buat suggestion?

Kata beliau owh, MAIPP yang suruh kami buat proposal macam ni….

Tersirap darah saya…….

Dengan bingkas saya pergi pejabat saya yang hanya beberapa langkah dan kembali ke pejabat UDA dan menunjukkan kertas kerja yang saya hantar kepada MAIPP.

Puan Kalsom terkebil kebil dan terdiam seketika……..

Bersambung…..