ARABISTAN

Kenapa ada perkataan baru….

‘Alhamdulillah selepas keluar khuruj saya rasa lebih lelaki’…..

Khuruj tu maksudnya pintu keluar. Keluar pon maksudnya keluar.

Kan lebih better baik afdol kalau sebut….

Alhamdulillaj selepas keluar out exit khuruj…….

HASIL

Walaupun tak pernah ada usahawan yang datang ucap terima kasih dekat saya tapi saya dah mula nampak.

Dah ada dua tiga usahawan guna teknik Tahukah Anda dalam teknik pemasaran mereka untuk bagitahu kenapa produk mereka lebih bagus.

Dah ada yang buat teknik story telling tentang kenapa produk mereka lebih bagus.

Dah ramai yang mula demand nak pakai labelling matte finish.

Dah mula ada berani buat produk pakai font saja dan berani pakai warna solid black.

Oh lupa…..tu semua bukan dari saya tapi gerakan hati dari Allah.

Cuma yang saya tau sebelum mereka kenal saya mereka tak buat semua perkara ni, jadi saya buat andaian mereka buat hari ini kerana inspirasi dari kerja saya.

So nak kata apa? Alhamdulillah………..

Note: lepas baca jangan meroyan

GILA

Dahulu kala Felda minta saya masukkan kerepek mereka.

Tiba tiba VP mereka minta tolong hujung bulan ni Tan Sri Chairman nak ke Jeddah. Jadi kalau boleh nak tengok kerepek ada di pasaraya.

Saya pon tanpa berlengah ambil tiket dan fly ke sana. Jumpa kawan saya owner supermarket ni dan dia kata ok.

Then kami bawak dalam 10 karton setiap jenis seingat saya melalui jemaah untuk jimatkan masa.

Ya lah takat wayang nak tunjuk kat big boss katakan.

Kerepek letak atas shelve, saya promote dekat FB saja 2 hari habis kena sapu dengan kawan kawan nurse dekat Jeddah.

Nasib baik last last Tan Sri tak dapat datang sebab visa tak lulus.

Apa nasib kerepek tu sekarang?

Dah 6 kali dah bertukar pengarah sekarang kerepek pon entah kemana. Yang saya tahu duit saya satu sen pon tak boleh claim dan yang paling best bulan lepas dalam paper utusan kata sasaran jualan tahun ni 2 billion. Agak agak laaaaaa kot.

SSM

Kisah nak daftarkan nama syarikat kedai kami berlanjutan.

Penat argue dengan pegawai kaunter perempuan tersebut terus kawan saya kata saya nak jumpa pegawai atasan.

Dipendekkan cerita FOODMARKET SHOP berjaya didaftarkan.

Saya kata dekat kawan saya….. kan saya dah cakap, keputusan berdasarkan justifikasi individu, takda kena mengena langsung dengan undang undang.

Confirmed perempuan tu IQ rendah.

Moral of the story : Bila orang kata ‘tak boleh’ jangan semberono ikut dan mengalah.

SSM

Mungkin kalau syarikat saya hendak didaftarkan di Kuala Lumpur menjadi kurang bermasalah.

Tetapi syarikat hendak didaftarkan di Perlis.

Kami dah bagi beberapa cadangan nama semuanya ditolak.

Syaratnya perkataan FOODMARKET tidak boleh diletakkan di depan.

Nasib baik yang buat urusan tu bukan saya. Kalau saya yang buat urusan ini perkara pertama adalah saya akan tanya Puan dulu sekolah dimana? SPM dapat berapa?

Sebabnya kami nak daftarkan dalam Bahasa Inggeris. Semestinya latar belakang sekolah Puan amatlah penting untuk pastikan kejayaan urusan ini.

Kenapa?

Kalau syarat puan FOODMARKET tak boleh diletakkan di depan…….saya tak sanggup untuk menerima cemuhan netizen cikgu Bahasa Inggeris yang ramai dalam hidup saya apabila mereka melihat nama syarikat kami berbunyi

MANAGEMENT FOODMARKET
SHOP FOODMARKET
PROJECT FOODMARKET
OUTLET FOODMARKET
HUB FOODMARKET

X^_€¥=÷*@,#*’/*@($*!

KEDAI ASIA

Saya ingin kongsikan dengan kawan kawan semua metode kami untuk kedai yang akan kami buka di Jeddah.

Untuk rakan rakan yang memang dah ada produk bolehlah guna platform ini untuk terokai pasaran di Arab Saudi.

Kami tak kenakan apa apa charge listing fees buat masa ini.

Tetapi untuk masuk ke Saudi produk mestilah didaftarkan dengan SFDA dan proses tu agak leceh dan makan masa.

Sekiranya kami setuju kami akan uruskan proses tersebut dan sebagai balasan anda bagilah return in kind. Bagi first batch free stock.

This first batch stock ni kami akan jual lah dekat kedai. Kalau laku dan cepat habis second order kami belilah.

Tapi kalau sampai 6 bulan tak laku maknanya memang produk anda kena buat sesuatu penambahbaikan ataupun memang produk anda tak sesuai untuk pasaran di Saudi.

Jangan mulut jilake pulak kata kami ambil stok barang orang free sebab memang dekat Malaysia ni ramai je usahawan mulut tak insurance.

Bila kami setuju saya nak bawak produk anda maksudnya duit kami dah tersedia untuk ditabur.

Untuk daftar SFDA ada kos dia, produk masuk warehouse kami di Klang dah ada kos dia, nak angkat barang letak stiker ada kos dia, nak balut plastik atas pallet kemudian masuk kontena pon ada kos buruh disitu, kontena kapal tu pon kami kena bayar pakai duit, kapal sampai kena bayar cukai dan clearence semua pakai duit……buat masa sekarang jual bulu masih belum laku.

Jadi kalau rasa otak cetek, mulut jilake kedekut taik idong masin……takyah jumpa kami suruh bawak masuk produk anda ke Mekah ke Jeddah ke tau.

Buat sendiri jerk!

GASTRIK

Semalam lepas makan cod fish dengan pasta tiba tiba perut gastric teruk.

Entah apalah yang tak kena.

Seingat saya takda apa apa yang pelik pon saya makan. Ke sebab letak apple cider dekat pasta.

Memang sakit perut sampai susah nak tidur. Nasib baik teringat kecik kecik dulu mak saya akan bakar bawang putih kalau saya sakit gastrik.

So sempat lah semalam makan beberapa ulas bawang putih bakar dan segelas air halia dan terus tidur.