Betul betul betul dan betul.

Masa saya kecil mak saya belikan dua permainan kincir angin dengan kertas. Satu untuk saya dan satu lagi untuk diberi kepada anak jiran.

Bila saya tahu yang nak bagi lagi satu dekat anak jiran, saya mengamuk tantrum terkinja kinja. Saya menangis menjerit jerit dan mengamuk sepanjang jalan nak balik ke rumah kerana nakkan kedua dua permainan tu hanya untuk saya seorang.

Apa yang mak saya telah lakukan?

Dia bakar kedua dua mainan tu depan saya dan marah, kalau tamak, penting diri, kedekut besar nanti jadi orang tak guna.

Saya tak ingat perkara ni secara terperinci sebab masa tu saya terlalu kecil, tapi apa yang berlaku waktu tu terlekat elok diingatan saya hingga hari ni.

Apa yang jadi dekat saya hari ni bila dah besar?

Yang rapat dan kenal saya tahulah bagaimana perangai dan peribadi saya.

Betapa ramainya kawan kawan yang saya kenal perangai buruk dari kecil terbawa bawa hingga besar, contoh paling dekat kawan saya sorang tu dekat asrama dulu kalau bawak biskut mak bagi makan sorang sorang kepala sorok dalam almari, sekarang dah besar apa yang difikirkan hanyalah keuntungan diri saja.

CLASSIC

Saya teringat seorang usahawan coklat. Kita layan dia yellow carpet. Fast track.

Beli terus takdak bincang apa apa dah, usung naik flight sebab nak cepat. Kita nak bagi ada rupa produk muslim juga dekat kaunter di kedai di Jeddah yang baru tu.

Saya tak bayar cash pakai duit tunai tapi bagi cek, kira macam cash lah juga.

Dijadikan cerita cek tu tendang sebabnya ada ejaan salah. Masa tu saya ada di Saudi, jadi lepas saya dapat mesej dari usahawan tu, saya minta jasa baik boleh bagi saya balik dulu sebab saya di Saudi ketika tu.

Masa saya terima mesej tu saya dekat rumah di Mekah. Urut dada baca mesej tahan sabar. Bunyinya macam saya ni penjenayah dan penipu besar.

Ayat terakhir dia berbunyi…. ‘kalau cek tak clear buat sajalah bayaran sekali lagi’.

Dipendekkan cerita staff saya ambil inisiatif sendiri terpaksa meminjam duit family sebab nak tolong bayar dekat orangnya sebab tak tahan tadah telinga.

By the way coklat yang saya bawa tu jalan pon slow, yang laris adalah coklat Kit Kat green tea jugak. Yang tu yang customer banyak beli.

Ni lah antara classic story yang kami terima selalu.

Saya selalu cakap dekat staff saya, kita company kecil jugak kan, kita pon every month struggle cari duit dan collect payment jugak kan, tapi kita tak pernah layan debtors kita macam usahawan usahawan ni layan kita. Sebab tu kita boleh pergi jauh.

HALAL EXPO

Semalam hari terakhir Halal Expo.

Kebetulan partner saya dari Saudi pon ada di KL dan dia pon melawat juga Halal Expo.

Dia bagitau banyak produk produk bagus yang ada kita boleh bawa ke Arab Saudi. Saya bersetuju dengan apa yang dia bagitau tu, tapi saya kata kita kena faham satu perkara.

Kita memang ada banyak produk usahawan IKS yang bagus bagus dan berkualiti. Tapi isunya siapa usahawan IKS yang sanggup commit, sacrifice, sanggup invest dan support kita all the way dalam proses nak break the market dan pastikan produk mereka tu dapat masuk Saudi ikut saluran betul, berada di atas rak di sana dan pastikan produk dikenali, customer beli dan laris.

Saya yakin dengan pengalaman dah nak masuk ke tahun ke 15 dalam buat kerja ni dalam 100 usahawan ada lah satu dua orang yang sanggup.

Usahawan kita ni kalau kita bayar cash gedebuk tabur dulu duit in advance sebelum buat production, lepas tu kita juga yang invest semua duit proses kelulusan, kita juga yang invest untuk dia duit listing, kita juga yang invest duit sampling, marketing dan promote promote promote produk dia sampai laku sampai semua orang beli, semua pakai duit kita, memang dia akan saaaayang dan puji kita melangit dunia akhirat.

Tapi bila kita mula letakkan satu dua syarat mudah, minta komitmen dari dia, dalam 100 usahawan silap silap sorang pon takdak semua lari.

Kalau semua benda kita nak kena ‘tanggung’ nak suruh kita invest baik kita fokus jual Maggi dan Oldtown saja. Bawaklah berapa kontena pon confirm tak cukup. Kita invest dan kita tahu kita dapat balik duit return dengan pantas.

Mereka ni nak produk mereka laris, tapi satu sen pon tanak invest dan sikit pon taknak support. Syarikat lain yang sebenarnya dok support kita, bagi free samples, bagi competitive price, bagi bajet untuk promosi yang ni yang patut kita bagi fokus lebih for our survival.

Usahawan usahawan ni pulak (tak semua) bila slack sikit saja, instead of dia datang bincang dengan kita dia cakap buruk pula pasal kita dan jaja nama buruk kita dalam kalangan industri.

Our classic example adalah satu syarikat ni (nama takleh sebut) tengok how they treated us. We have been promoting her cooking ingredients since 2008 yang masa tu sapa pun tak pernah mahu produk jenama dia, orang nak produk jenama India, hari ni antara produk wajib untuk katering jemaah Haji dan Umrah. Kita blok tak bawa jenama lain sebab nak support jenama dia selama ni. Sekali dia nampak peluang lain, ‘guruh berdentum di langit air dalam tempayan dicurahkan’

Dia sanggup potong belakang membelakangkan kita yang pelopor dan yang bagi produk dia popular dikalangan katering di Mekah. Bukan sekali dia buat, bukan dua kali, tapi banyak kali pulak tu. Tahun lepas pon dia buat padahal kita bawak satu kontena produk dia untuk musim Haji. Tapi nasib Allah tu maha adil, produk dia sampai hari ni sangkut tak boleh masuk, tu pun ada juga perasaan berani minta tolong kita bila dah sangkut. Padahal sebelum ni satu karton pon dia tak pernah bagi kita free untuk sampling even no discount.

Jadi berbalik cerita tadi, memang banyak produk IKS khususnya Bumiputera yang bagus bagus dan berkualiti, tapi sekarang kita kena selective. Kita hanya bawa produk yang usahawan sanggup commit, sanggup invest, sanggup support bersama kita untuk pastikan produk dia laris di sana.

Setakat nak minta duit upfront dan semua kena keluar duit poket kita baik kita invest dekat Maggi, Oldtown, Yeo’s dan Adabi sebab mereka business partner yang sangat supportive dan baik!

SHOPPING

One more time nak post tapi cerita berbeza.

Orang lain kalau jalan jalan beli baju shopping kasut beli souvenir kan. Benda tu tak tahan lama Senah ooooi.

Abang jalan jalan angkut perabut pinggan mangkuk segala.

Pinggan hitam maskulin tu beli kat Bangkok, usung macam nak patah pinggang tau nak bawak balik sambil nak cari teksi.

Cawan emas emas mana lagi kalau bukan Jeddah, Arab Saudi. Tak lah patah pinggang nak usung sebab ada dreba, tapi masa nak bawak balik sanggup usung naik atas kapal terbang takut pecah. Tu pun satu sumbing jugak.

Napkin tu beli dekat London ada sales, nasib baik ni time dah hujung hujung duit pon dah pokai, tidak satu kedai dah kena borong.

Sudu tu beli dekat Amsterdam, nasib baik laaaa kawan Dutch yang teman tu memahami, tidak dah kena tinggai dah balik jalan kaki. Dia kata anggap bawak saya jalan jalan macam teman mak dia yang dah 68 tahun tu shopping.

Kerusi coklat dua bijik tu paling lejen, saya usung dari Attaba kedai isap shisha jalan nak ke Hussein (Khan al Khaleli) dekat Mesir. Setengah mati tau aku usung lepas tu naik tranco pulak. Tak ingat dah ustaz mana laaa yang baik hati kena paksa tolong saya angkut benda alah ni.

Kerusi gothic dan meja tu, biarlah rahsia. Yang penting umur dia lagi tua dari Tun Mahathir kita tu. Huuuuuu

SKIL

Kira dah macam progress report untuk hiburan sendiri sendiri. Baru siap pasang tiles hari ni. Nanti nak kena touch up kemudian cat balik semua yang tu saya nak buat sendiri saja dan kemudian pasang lampu, yang tu abang ram kami dia pandai buat. Lepas tu nak boh pokok pokok baru biaq merimbun dan bela berok mokye sekoq dok situ.

Semuanya DIY dan tak sampai seribu pun kosnya.

Saya tak mau lah kata cantik, nanti orang kata perasan sendiri kan, tapi sebenarnya kerja kerja pertukangan ni sebenarnya murah saja kalau buat sendiri kos tak mahal pon dan hasilnya not bad.

Dalam kata lain, bidang skill ni sangat lucrative dan bagus. Kos murah tapi sebab skill kita dapat charge mahal. Kalau ada anak anak tak berapa pandai akademik tu tapi rajin dan pandai seni halus baiklah hantar belajar pasang tiles. Untung bila besar nanti.

Jangan dok ajar jadi kontraktor alibaba, apa pun tak reti buat, jadi orang tengah saja, semua bagi orang lain buat. Yang pandai dok mengelek MB, YB kehulu kehilir. Untung takdaklah banyak mana sangat, tapi kos melobi punyalah tinggi.

Percayalah!

JAPAR

Kau duduq sorang?

Tanya pakcik Japar dengan pekat antara bunyi Jawa dan Sabah.

Yer pakcik….

Habis kenapa duduq sorang carilah teman. Kan bagus gitu.

Ah pakcik ada anak sorang? Kasi kenal sama sayalah.

Ada……kalau dia kawin sama kau, aku buat satu rumah kau free. Seloroh Pak Japar ni.

Hah apa lagi malam ni hantar terus pakcik saya dah lama ready…

Kau gila lah…berdekah dekah dia gelak.

WHATSAP

Seriously some people they have lack of writing skill by writing proper whatsap.

When you talk subject A you finish it first then you move to the next subject.

You dont juggle A C J and W in one sentence. Pening orang tau!

Pastu bila kita nak call senang nak communicate, owh strictly whatsap only. Kalau kata bodoh bahlul kau marah pulak.

MUSNAH

9 tahun pakai mesin basuh canggih ni maka hari ni dengan rasminya dah qoluuuu innalillah.

Esok bermula majlis berkabong kesedihan 7 hari 7 malam sebab owner dia kena pecah tabong simpanan nak kahwin dan terpaksa berkorban untuk cari mesin basuh baru.

#PelaminAngankuMusnah

RAMSEY

Tadi jumpa kawan lama geng Brighton.

Sembang punya sembang dia kongsi dengan kawannya yang depa nak kick start business IT solution. Nak develop system macam tu lah.

Saya pon share lah pengalaman saya dalam bidang ni yang tak pernah menjadi.

Kata saya ada tiga kumpulan, mereka ni hidup dalam dunia sendiri. Mereka ni macam minum ketum 24 jam. Hati tisu, panas baran, kadang kadang bodoh sombong. Skil komunikasi sosial mereka teruk. Mereka rasa mereka pandai kerana mereka ada skil, tapi kalau pandai mestilah dah lama kaya. Tak boleh ditegur, tak faham ekonomi dan kos masa. Orang normal akan serabut kepala berurusan dengan mereka ni. Dalam seribu ada lah seorang yang boleh pakai.

Jadi kalau nak berjaya kita kena pandai balance dan tahu hidup dalam kedua dua dunia, satu dunia kita the corporate world dan dunia mereka dunia ketum.

1. Programmer
2. Graphic designer
3. Artist

BOSSKUR

Saya dari dulu tak pernah ada nick name.

Ada kawan kawan try panggil sam. Saya buat bodo saja macam tak dengar sampai semua give up.

Saya ambil masa yang panjang bertahun tahun untuk terima budaya bro bro bro. Rasa macam nak kunyah sireh semboq muka orang dok bro bro bro dengan saya tak reti panggil nama.

Sekarang bolehlah kadang kadang text kengkawan dan cuba cuba letak bro kat hujung.

Lama tau nak adapt benda ni.

Ni mai boskur pulak. Eiii geli geleman telinga haih dengaq cakap boskur boskur hang ingat aku ayam ka nak kena kurrr kurrr kurr lagu tu.

Tonyoh mulut dengan belacan kat Foodmarket tu baru tau awat payah sangat ka nak panggil nama elok elok.