Tadi ada short discussion with my partner dari Jeddah, he was quite optimistic yang apa yang dirancangkan dan dibincangkan dengan beberapa usahawan ni insyallah boleh menjadi.
Dalam hubungan dengan usahawan IKS ni mungkin baru jadi perkara perkara details on the ground mungkin beliau terlepas pandang.
Saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang 14 tahun saya berurusan dengan usahawan kita ni.
IKS ni ada beberapa kumpulan, satunya yang mempunyai pemikiran kehadapan, berani cuba idea idea baru dan tak takut. Duit tak ada pon dia akan cari jalan supaya boleh jadi. Dia nak pergi mana mana dan kalau ada peluang, sekiranya tak ada apa apa bantuan atau geran pon dia sanggup cari duit keluar duit poket sendiri dan buat. Kumpulan ni kadang kadang Mihas dan Halfest pon dia sanggup pakai duit sendiri kalau tak dapat yang murah atau free. Dia sanggup melabur walaupun ketika tu dia kekurangan kewangan.
Oleh kerana usahawan begini tak ramai saya boleh sebut dua tiga orang kawan yang saya kenal antaranya Princess Sue, Isa Johari, Khairil Khider. Satu lagi of course lah Husam Waksa Sdn. Bhd. tuan yang menulis cerita ni.
Kerana mereka bersikap beginilah banyak perkara yang agak mustahil mereka dapat capai walaupun dalam keadaan kesempitan kewangan dan kekurangan modal dan resources.
Ada kumpulan kedua, mereka ni teringin nak buat tapi masih conventional. Mereka tidak se’bold’ kumpulan pertama. Mereka terima idea baru, mereka mahu ke depan, tapi kerana kekurangan modal pergerakan mereka agak perlahan. Mereka masih mengharapakan bantuan bantuan kerajaan walaupun sebelum ni mereka dah terima. Kumpulan ni ramai. Cuma baiknya kumpulan ni mereka masih terima sekiranya ada idea idea baru, tetapi mereka tak adventerous dan kerana sikap tersebut semua yang diambil adalah jalan selamat. Selalunya masa bincang mungkin berkobar kobar tapi bila tiba waktu $$$ muncul banyak perbincangan awal akan tak jadi sebab tak ada duit. Daripada belanja RM2000 untuk iklan mereka fikirkan baik simpan duit ni sebab hujung bulan nak bayar gaji dan sewa pon masih struggle.
Ada kumpulan ketiga dan kumpulan ni juga ramai tapi kumpulan inilah sangat sukar untuk dibawa berbincang, mereka mahukan orang bekerja untuk mereka, mereka hanya mahukan payment saja, mereka tak tanya produk bagus atau tidak, mereka tak tanya macam mana nak naikkan jualan bersama kita, mereka mahu produk mereka kita masukkan dalam hypermarket tapi mereka tak pernah ambil peduli tentang kos listing fees dan lain lain. Kalau nak masuk exhibition mereka nak semua gomen tanggung, booth gomen bayar, kalau boleh semua benda perlu ditanggung oleh gomen.
‘Kak jom join Gulfood’ dia akan jawab ada geran ke? Kalau takde geran taknak lah.
Kumpulan ni akan tolak mentah mentah kalau tak ada benda orang bagi walaupun dia tahu ada potensi besar sedang menunggu. Mereka ni tak semestinya kompeni kecik, kompeni kumpulan mid tier pon ada dan saya dah hampir 9 tahun sudah berurusan dengan satu company mid tier ni. No incentive no marketing support no discount.
Mereka ni selalu bising kenapa sale sikit. Bila kita kata kalau nak bigger market dan brand appearence kita kena masuk modern trade, buat sikit promotion, kalau boleh ada dedicated merchandiser, dan nak masuk hypermarket ni kena invest lah sikit untuk listing. You boleh support ka?
Bila cakap mungkin manis semuanya bunyi, you buatlah dulu, i support belakang, bila time $$$ dah keluar time tu krik krik krik. Kita minta rebate krik krik krik. Yang derang tahu adalah chase payment saja. Paling dajal sekali kita yang penat penat explore and break the market tiba tiba ada orang lain janji nak bagi order besar immediately dia boleh buang kita begitu saja.
Kumpulan ni sangatlah ramai.
Dulu dulu di hypermarket berprestij di Jeddah saya listed 138 sku produk usahawan kita dari jenama Vias, Faiza, Masterchef, Jalen, Kipas Udang, Pawada, Adabi dan banyak lagi serta beberapa jenama MNC.
Kerana sikap dan layanan mereka kami stop terus dengan hypermarket di Saudi dan hanya fokus satu dua jenama saja yang mahu support kami betul betul.
Saya bukanlah orang yang berfikiran negatif, saya sentiasa berfikiran positif, optimistic, think ahead dan super dedicated. Tapi dalam banyak banyak perkara kerana pengalaman yang sangat luas dalam bidang ni, ada banyak perkara saya kena take one step behind disebabkan benda benda negatif yang telah lalui selama ni. Tapi kalau kata saya jenis orang berfikiran negatif tu agak tak tepat sebab kalau saya berfikiran negatif banyak benda yang dicapai hari ni tak akan ada.
Its just the experience that taught me well.